Wednesday, January 27, 2016

Pandangan Saintis


Kajian Sains








Kajian sains kontemporari telah mendapati bahawa lalat akan mengeluarkan sejenis enzim yang sangat kecil yang dinamakan ‘bacteriphages’ iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Di tempat ini juga tumbuhnya bakteria pembunuh dan bakteria penyembuh yang ukurannya sekitar 20;25 milimikron (mµ). Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air, hendaklah lalat tersebut dicelup keseluruhan badannya kerana ia akan mengeluarkan bakteria‘bacteriphages’ yang menentang bakteria perosak.
.
Maka jika seekor lalat memasuki makanan atau minuman, maka harus dicelupkan keseluruhan badan lalat tersebut agar keluar zat penawar bakteria tersebut. Pengetahuan ini sudah dikemukakan oleh Nabi kita Muhammad  dengan gambaran yang menakjubkan bagi sesiapa yang menolak hadis tentang lalat tersebut.
.
Di zaman moden ini, para pakar penyakit, baru berhasil mendedahkan rahsia ini. Mereka menyaksikan dengan mata kepala sendiri lalat dapat digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit yang sudah kronik dan membusuk yang telah bertahun-tahun tidak berjaya diubati, padahal ianya sudah dibongkar dan disebarkan maklumat tersebut sejak lama dahulu.
.
Dr. Amin Ridha, Pensyarah Penyakit Tulang di Jurusan Perubatan Universiti Iskandariah, telah melakukan kajian tentang “hadis lalat ini” dan menegaskan bahawa di dalam rujukan-rujukan perubatan masa lalu ada penjelasan tentang pelbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat.
.
Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikro organisma jenis ‘Fitriat’ yang diberi nama ‘Ambaza Mouski’ dari golongan‘Antomofterali’. Mikro organisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. ‘Ambaza Mouski’ ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
 .
Pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikro organisma ini dan memberi nama Javasin.
 .
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikro organisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikro organisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikro organisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikro organisma istimewa ini.

No comments:

Post a Comment