Wednesday, January 27, 2016

Lalat Itu Ternyata ….

.
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah  amat menitik beratkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, Baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
.
Penyataan lalat pada hadis di atas; bahawa air tetap bersih dan suci jika dihinggapi lalat yang membawa bakteria penyebab penyakit sekiranya kita celupkan lalat itu supaya sayap yang membawa ubat (penawarnya) pun turut sama tercelup ke dalam air tersebut.
Bahawasanya terdapat bahan khusus pada salah salah satu sayapnya yang sekaligus menjadi penawar atau ubat terhadap bakteria yang berada pada sayap yang lain. Oleh kerana itu, apabila keseluruhan badan seekor lalat dicelupkan ke dalam air, maka bakteria yang ada padanya akan mati dan hal ini tidak akan meninggalkan racun yang boleh memudaratkan manusia.

No comments:

Post a Comment